Assalamualaikum & salam sejahtera semua.. Berlalu lah sudah Ramadhan, tak cukup sebulan berpuasa.. hehe.. tp nk wat canne.. udah lumrah jadik orang pompuan gitu..
Syawal pn dah masuk 10 hari ni, baru nak wish hari raya.. tp rasanya still ramai yg masih dalam mode raya kan? :) so, dikesempatan ini akak nk ucapkan selamat hari raya kepada semua yg menyambutnya & ampun maaf atas segala salah silap terkasar bahasa terlanjur mengata..
Raya pada tahun ni agak meriah bg akak (cam bese, mama yg ober..) sbb anak2 beraya bersama akak.. & alhamdulillah rezeki pn lebih kali ini, jadik dapat bersedekah lebih & berkongsi dengan derang & family sumer.. Tahun ni akak mmg plan nk sedondong kendondong ngn anak2.. mulanyer dah beli kain ela kt Jakel, kunun2 nk menjahit ler sendirik cam tahun2 sebelum nih, tp bila pikir nak menggodek beskot lagik, mana nak membakor kek lagik, nganyam ketupat lagik.. maka terpaksa la kensel hasrat akak yg suci lagi murni itew.. kemdian, bff akak plak menyarankan kami menganjurkan lawatan kerja (sbb dibuat masa hari bekerja.. :P) ke KWC, so dapat jugalah akak merealisasikan impian berbaju matching anak branak.. huhu..
Walaubagaimanapun, dalam keghairahan nak menyambut raya aritu (lama dah tak guna perkataan ghairah ni hehe..), akak telah dikabarkan dengan beberapa berita yang kurang enak & memang tak sedap nak ditelan.. Beberapa orang teman baik akak telah dilanda duka nestapa & diduga dengan pelbagai ujian yg merobek jiwa.. Akak paham sesangat dengan apa yg derang lalui tu sbb akak pn penah merasai ianya juga pun.. Akak doakan mereka sumer sabar & tabah melalui ranjau yg berliku itu kerna yg pasti itu sumer akan berlalu jua.. dalam keadaan begini, mmg sabar adalah peneman yg terbaik & yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba2Nya.. semua yg berlaku itu ada sebab musababnya, tiada sesuatu pn yg Allah tentukan itu sia2 & sentiasa ingat bahawa pengakhirannya adalah untuk kebaikan diri kita juga.. Wallahua'lam.. sekian tazkirah buat hari ini.. :)
dalam pada itu, satu tip yg baik untuk kita semua amalkan ialah membaca doa dari Surah Ali Imran, ayat 200, sebaik-baiknya 3x setiap lepas solat fardhu..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Semoga kita semua dapat meraih keberkatan Romadhan & Syawal dan juga meneruskan amalan yg baik di bulan2 yg berikutnya..
Ketemu lagi di lain masa.. wassalam..
4 ngomelan:
at: August 28, 2012 at 3:08 PM said...
Wah sempat lagi nak blogging sambil melayan anak2, keja, kueh tunjuk,kemas umah emak Dan lain2.Keep it up. :)
at: August 28, 2012 at 4:12 PM said...
ade buat open haus x kak hood?
at: September 25, 2012 at 11:36 AM said...
tengkiu cek Anonymous.. :)
at: September 25, 2012 at 11:37 AM said...
ruha, umah unnie sentiasa ter'open' tuk adek manes.. hehe
Post a Comment